perahu berahi.

semalam gua naga - hari ni gua rama2.
bertukar warni warna.
suka hati lu betina nak cakap apa.
tulisan membunuh.
tapi gua tak mati dengan ayat2 lu.
biar gua sendiri.
disini.
lu boleh bilang apa lu suka.
tapi gua mahu lihat.
jauh mana kau mendayung.
sedalam mana kau menyelam.
karam atau sampaikah ke pelabuhan.
berdagang atau kau yang didagangkan.
dan dari gua.
semoga sampai berlabuh.
inilah angin kencang ribut taufan
dalam pelayaran kita.

korban gua. gua korban.

1-gua sendiri dikorbankan menjadi mangsa puting beliung cinta. gua mangsanya. mangsa yang ditendang kebawah supaya dia dapat bersama dengan putera idaman dia.

2-gua sendiri bekorban. gua tak menentang. gua cakap ya pada keputusan beliau yang ingin mengorbankan gua. biarlah.kenangan kita tetap tidak akan tekorban.

3-malam raya ada takbir kat rumah datuk gua. as usual, gua bekorban tenaga sedikit melayan orang2 kampung. lagi anak2 dara kehausan itu.

4-lepak hingga 5 pagi. layan dota. hurm. gua terkorban banyak jugak dalam permainan ini. lan jiou punya apek.

5-bangun pagi tadi.ayah gua kejut 8 kali. gua berat nak bangun. gua hampir dikorbankan dengan sebatang hanger baju. lantas gua terus bangun nak mandi sunat serta wajib. =D

6-gua usha lembu di masjid. oleh kerana gua mengantuk. gua sedikit sasau. gua rasa ada seekor lembu cakap kelantan dengan gua. -abe, oghe takut ni nok keno sombolih. kechek beso jubo pado taik! aku pun reply -natang mu. dengan relak beliau reply -aku memang natang pun, oddoh!

7-tahun ni paling banyak gua bekorban lah. dari segi masa, tenaga, serta segi tiga. mata gua bersengkang. hidup tak normal. gua si vampire! hidup malam tidur siang.

8-raya pun tak balik kampung. nenek gua tak bagi. katanya takut terkorban di perjalanan nanti.

9-dan untuk final sem ini gua akan terpaksa bekorban sedikit. kerana gua kene push sikit diri gua yang agak malas. jadi, rakan2, scandal2, bini2 serta adik beradik jangan marah saya kalau saya tak dapat lepak ke apa ok.

10-akhir kata, gua cari gadis batu gajah yang sudi korbankan masa lapang dia dengan gua. kalau ada miskol gua sekarang. kalau boleh yang ada diploma mahupun asasi. =D

lady gaga.

mudah melepaskan serta menyakitkan hati manusia. ya, gua dilepaskan. tapi bukan seperti burung yang bebas terbang kemana2 di awanan. gua seperti anak burung yang kehilangan sayap terkedu terjengkit2 seorang diri. dilepaskan tergantung begitu secara begitu.

entah mengapa untuk si dia ni. berat untuk gua menerime kenyataan. gua selalu bercakap perihal hati kepada orang. membantu mereka untuk tenang. tetapi kini gua sendiri dalam keadaan itu. janji gua segan. gua sendiri tak dapat stabilkan diri gua. jujur gua kehilangan hidup.

tanpa tiada tempat untuk bergantung. kemana lagi gua berlari. kawan2 yang setia masih disini. tempat gua bermuram durja. tempat gua bermain gila. tempat gua berasmara mesra. hanya mereka. hanya mereka dapata membantu gua. sekurang2nya melupakan nama si dia sesaat dari hidup gua.

gua tak salahkan lu. gua tahu lu tengah baca benda ni. pergi mampus sama keputusan lu. itu memang hak lu nak buat apa. gua cuma terima. ya, gua marah kecewa sadis durja. semalam. tapi hari ini, gua sedang cuba cari kembali identiti gua. air mata gua ternyata bukan untuk lu lagi. cukup semalam. terima kasih atas segala kegembiraan serta sengsara yang lu beri.

biar gua mengaku. setiap hari pasti ada kenangan yang membuatkan gua akan ingat dekat lu. dan untuk situasi ini gua tak akan berjaya kawal diri. gua kurang pasti apa keeadaan lu disana. lu pun dah delete gua dalam hidup lu. tak apa. gua terima. gua tak salahkan lu. tapi gua tetap tak terima kemaafan lu. gua nampak kejam?
biar lu nak kata apa. gua dah pesan awal2. gua dah kene 4 kali. lu jadi orang ke 5. kadang2 gua fikir susah jugak jadi orang baik. jadi untuk lu. cerita hidup gua berubah. tegas.

akhir kata semoga lu berbahagia bersama dengan pasangan hidup lu. sekurang2nya gua doakan kebahagian lu. gua nak tengok jugak jauh mana lu boleh berjalan tanpa nama hilman dalam hidup lu. semoga selamat sampai ke destinasi tanpa gua disisi. gua tak mintak banyak dari lu, cuma doakan gua jumpa bini lebih setia dari lu.

Gua Jejaka Normal.

gua sentap gitar bila gua hampir menangis.
gua menyanyi bila dah menangis.
Sayang.

baju kotor.

mak : ni kenapa baju kotor sikit je ni.

gua : lorh. kenapa? biasa je lah.

mak : yelah. hari tu bawak 4 helai baju kemeja kan? ni balik rumah ada dua je. mak tak sukalah pakai baju banyak kali ni. pengotor.

gua : mana adalah. tak pakai pun baju banyak2 kali ni. dah memang pakai dua helai tu je.

mak : pastu seminggu dua helai? tipu lah kalau tak pakai ulang2.

gua : percayalah mak. abang tak pakai baju ulang2 pun lah.

mak : dah tu.kenapa bawak balik 2 je baju kotor?

terkedu. berfikir panjang.

tak baik tipu mak sendiri ni - kata gua dalam hati.

gua : yelah. dah pergi kelas pun dua kali je. hahahaha.

mak : itulah kerja kau kan. ponteng kelas je kerja. mak tak larat nak cakap dah. nanti result teruk. tak ada kerja. nak kahwin. jangan sibuk mintak duit kat mak. mak tak layan!

gua : tak dahal lah. abang kan hensem.

mak : tahi mu.

rambut gerbang.

dari lu orang tekanan bini buat hal.
dari lu orang tekanan laki main kayu tiga.
dari lu orang resah hidup single.
dari lu orang sakit hati skandal lu orang sibuk dengan balak dia.
dari lu orang rasa lu orang tak da market.
dari lu orang tekanan poket lu orang nipis.
dari lu orang gila kereta lu orang eksiden.
dari lu orang bengang banyak urusan perlu disetelkan.
dari lu orang bingit dengan leteren orang2 tua.
dari lu orang sengit dengan bebelan orang2 muda.
dari lu orang sakit terbatuk nak mati.
dari lu orang tekanan cari rokok.
dari lu orang menangis kucing lu orang mati.
dari lu orang bengang dengan golongan si bangang.
dari lu orang rasa nak sepak bos lu orang.
dari lu orang menyampah melihat perdana menteri
 Malaysia ke-5, rosmah mentadbir
dari lu orang sasau kat kelab malam minum2 bazir duit.
dari lu orang sibuk kejar siti yang bongkak.
dari lu orang tertekan perut makin membuncit.
dari lu orang resah gelisah tentang masa depan.
dari lu orang menjadi seseorang yang bukan normal.
baik lu orang jadi macam gua.

kita layan lagu Alleycats ramai2.
pergi mampus sama hidup sekeliling!

Dato' Hilman Fikry.

sikalang lu olang boleh panggil gua orang kaya baru. kalau nak makan choki2 boleh contact gua. gua dah order honda civic type-r tadi. bulan depan keluar gua bawak lu orang pergi jalan2. mana yang rasa nak karoeke ke miskol gua terus ok. kite enjoy sampai lebam. mana yang asyik hisap June tu, nanti lepak gua lanja Dunhill ok. Mana2 awek single, jangan segan tegur gua, apa lu orang nak gua tak keberatan kongsi rezeki gua. tapi dengna satu syarat. lu orang mestilah comel. gua dah tak tahu nak cakap apa. gua terlampau eksited. gua orang kaya baru! mekaseh kerajaan malaysia kerana telah memasukkan elaun dalam akaun bank muamalat gua.

Mesin ATM berpuaka.

Gua bukak wallet. MAK AI. Ada seringgit je. Tak mengapa. Gua tetap bersyukur dengan rezeki yang ada.  Tapi, gua nak telan apa jadah dengan seringgit. Tank gua dah lah macam Skyline GTR. Jauh berbeza dengan tank Kancil L2S Turbo pun.

Tak apa.

"Thop, teman gua pergi ATM jap. Gua nak jolok apa2 ada. Kalau ada hasil gua boleh lanje lu aiskrim seringgit" - kata gua.

Berlalu ke mesin ATM. Ke mesin CIMB. Malang sekali mesin itu cuti sakit. Sakit perut melampau katanya. Jadi terus kami ke mesin Bank Muamalat. Satu2nya harapan terakhir.

Dengan konfiden. Gua bawak keluar kad bank. Gua sentap yang CIMB. Sebab yang Muamalat memang tak da sesen pun. Gua cucuk.

....................kad sedang dibaca.......................

Sebagai jejaka normal berpunggung tampan, gua klik dekat Bahasa Inggeris. Kemudian dengan sedikit kemaskulinan gua penuhkan ruang kosong dengan nombor pin gua.

******

Selesai.

Menu bertukar ke jumlah pengeluaran yang ingin dibuat. Gua sejenak berfikir berapa duit yang ignin gua pakai.
Terpapar disitu.

-Rm 1000
-Rm 900
-Rm 800
-Rm 700
-Rm 600
-Rm 500
-Rm 400
-Rm 300
-Rm 200
-Rm 100
-Rm Lain-Lain.

Setengah jam gua bercuriga. Puas berbincang dengan rakan gua. Gua ambik keputusan untuk pilih butang Rm Lain-Lain. Huhu. Terus gua tekan nombor 1..0...0...0. Menjadi kan jumlahnya Rm 10.00. Selesai.

Terpapar tranksaksi anda tidak berjaya. Gua heran. Kad gua terkeluar. Diikuti dengan sehelai resit. Gua sentap resit dulu. Gia nak baca apa utusan yang bank Muamalat nak bagi gua.

"Setan punya mesin" seru gua dengan bengangnya.

Dan untuk itu juga tiba2 kad bank yang gua tak ambil lagi disedut ke dalam. Gua naik hairan. Gua pandang muka Thop. Thop pandang muka gua. Gua ketuk2 mesin mangkuk tu. Gua jolok2 lubang kad itu. Tapi gua rasa macam diperbodohkan.

Gua hentikan agenda gua. Malas gua nak cari pasal dengan mesin ATM. Gua rasa dia marah gua panggil dia setan kot. Itu pasal dia telan kad gua. Mengidam lagi gua nak santap Chicken Chop malam ini. Setan betul.

***

Apa2 pun. Bapak gua yang hero telah datang semalam sambil menghulur Rm 50. Terima kasih ayah. Gua sayang lu selamanya. Malam itu jugak gua pekena Chicken Chop! Kuah lebih. Auwwh.

Wahai Sang Piramid.

Seminggu gua berperang dengan cat pelaka. Seminggu gua hidup bersama berus lukisan. Seminggu gua setia dengan pensel 2B. Seminggu gua bersengkang mata. Seminggu gua menjadi gila. Seminggu gua muram durja.

Dan tibanya pagi tadi untuk gua persembahkan pada juri. Malangnya gua bangun lewat. Gua buntu. Gua rasa macam kene liwat. Ahli2 bilik gua pun baru nak pergi mandi. Tak apa. Gerak. Janji gua pergi. Siap2 kacak2 kami berkejaran ke studio. Hati gua berdebar. Tambah lagi berdebar skandal nombor 4 gua mesej "Asal tak datang lagi?".

Sampai. Gua masuk. Membe gua cakap nama gua dah dipanggil dua kali. Secara rawak nama gua yang pertama terkeluar dari mulut juri itu. Dan mungkin ketika itu gua sedang pakai deodoren lagi. Hurm. Tak apa. Gua harapkan belas kasihan.

Dan ketika di penghabisan pementasan masih nama gua tak disebut. Selesai. Nama gua memang tak disebut.Saat ini semua rakan2 pandang gua. Yelah. Gua sorang je tak present lagi. Gua angkat tangan.

"Bro, i am the one who still not present yet." kata gua.

"Ouh, ya. That is because you were late. It shows you dont like to present. I have called your name twice." balas baginda.

Gua cuba kawal situasi.

"I know its my fault. And im very sorry for that. Ive sacrifies a lot. My time. My money. My energy. And i hope there will be a second chance for me " balas gua gugup. yela. lidah melayu.

 "I dont care. I know its your fault. And there is no second chance. You are late. Thats it. No more" balas baginda.

babi. 

Gua duduk balik. Gua tenung lukisan gua. Gua nak nangis pun ada. Tuhan je tahu betapa gua susah payah nak buat benda ini. Dan gua tak dapat nak present. Bagi gua setiap markah itu beharga. Tak apa. Gua redha. Tuhan nak ajar gua jangan lewat pergi kelas.

Sepanjang kelas gua senyap. Gua mula keliru. Gua buta warna. Dan tiba2.

"Muhammad Hilman, are u ready for your second chance?" balas baginda. 

Terus gua bangun. Seraya bertitah!

YES!!!!.

Oleh itu rakan sekalian. Dalam apa sebarang urusan silalah jangan lambat. Pelbagai perkara serta kemungkinan yang boleh berlaku. Jadi, sentiasalah di hadapan. Poyo lak gua ni. Padahal gua selalu lambat. HAHA.


The Wonders of Pyramids.

mimpi di siang hari.

dalam keadaan kita terumbang ambing, emosi kacau bilau, hidup resah gelisah, pelbagai mainan fikiran akan timbul. pelbagai mainan perasaan akan meninggi. dan untuk gua yang separa stabil ini, bermacam2 fikiran kotor masuk ke dalam minda gua. gua tak suci lagi. maksud gua pemikiran gua radikal. jangan salah faham ya. gua masih dara. dan untuk setiap saat hari2 gua, gua mula untuk berlayang2. gua mula untuk tidak percaya hidup gua. gua mula benci semua. gua rasa mungkin tahap konfiden gua jatuh mendadak ke paras negatif. gua dah tak punya kick lagi nak mengacau gadis2. gua rasa gua hina. gua dah tak punya kredibeliti untuk menjadi seorang pelajar segak bergaya. gua rasa tertekan. setiap saat hari gua, perut gua pasti meragam. gua bengang. gua dah tak larat hidup macam ini. dalam otak gua sekarang, gua nak jadi anak ikan datin. boleh tak? kalau lu orang ada lubang cantik, bagi tahu gua. gua relakan tubuh gua digadai. gua dah sangap chicken chop ni.

WOI UIA! BILA NAK MASUK ELAUN!!!!!